27 Dec 2011

Cinta Muka Buku Islamic Version

khas utk remaja yg suka berkenalan melalui laman muka buku a.k.a Facebook.. nilaikan sendiri lirik nya.. Fahamilah wahai sahabat2ku.. :D

26 Dec 2011

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Larangan Menyambut Tahun Baru

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin.

Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin.

Diantara lain beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya:-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar".

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),

maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang: - UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap.

Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya, haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka??? 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/ saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai ".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah .... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab itulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD. Nauzubillah. Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.




24 Dec 2011

sutera bidadari..akan ada sambungannya ke lagi??

buat peminat2 karya Ramlee Awang Murshid..sudah semestinya anda semua tidak melepaskan peluang utk mendapatkan sambungan novel Cinta Sufi iaitu Sutera Bidadari.. Bertitik tolak daripada novel pertama cerita ini iaitu Bagaikan Puteri,kemudian Cinta Sang Ratu,seterusnya Hijab Sang Pencinta.. selepas itu Cinta Sufi..kali ini yg terbaru ialah Sutera Bidadari.. saya sangat menyukai cerita2 yg terdapat dalam novel ini kerana ianya lain daripada novel yang biasa.. berunsurkan epik thriller..sesuatu yg jarang diketengahkan oleh penulis2 novel tempatan..malah Ramlee Awang Murshid berjaya mengolah cerita2 tersebut dengan menjadikan watak utama iaitu Saifudin atau Laksamana Sunan nampak seperti hidup..walhal ianya hanyalah rekaan sahaja.. watak Saifudin yg digambarkan sangat tenang dalam setiap tingkah laku,sentiasa bersangka baik,dan takut akan Maha Pencipta membuatkan ramai wanita2 yg mengenalinya jatuh hati kpdnya.. iaitu watak-watak seperti Haryani,Catalina (Maryam) , Luna.. namun akhirnya cinta Saifudin diraih Ratna atau Ratu Sulaman.. namun Ratna telah meninggal dunia disebabkan bonda asuhannya iaitu Maharani tersalah bunuh menyebabkan Ratna meninggal dunia..Selepas kematian Ratna Sang Ratu.. Luna dan Catalina(Maryam) masing2 menaruh hati kpd Saifudin.. Dalam Sutera Bidadari.. saya menjangkakan ini adalah novel terakhir utk cerita2 ini akibat daripada kematian Taghut yg telah memeluk islam dgn menggunakan nama Abdullah Sadik.. namun begitu.. sangkaan saya meleset sama sekali apabila Saifudin yg dibayangi dengan Sang Dewi yg sentiasa memanggil Saifudin ke alam yg tidak berdinding telah mengalami kesusahan kerana telah menjadi batu akibat perbuatan 3 pemburu handalan membawanya melepasi prasasti batu yg dibuat oleh ayah kandungnya sendiri..Rupa-rupanya Sang Dewi ialah Ratna Sang Ratu iaitu isteri Saifudin atau Laksamana Sunan.. jadi saya menjangkakan akan ada sambungan nya lagi selepas ini dan begitu teruja utk menanti sambungannya!!

                          Perkara lain yg sangat menarik tentang novel Sutera Bidadari ialah ayat-ayat indah yang terdapat didalamnya..saya sangat tertarik ayat seperti.."Hanya nama-Mu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini..".. dan .. "Cinta dan kasih sayang adalah roh kudus yang tidak pernah terpadam dalam jiwaku.."dialog Raja Roman terhadap permaisurinya iaitu Permaisuri Sutera.. Jadi peminat2 Sutera Bidadari..sama2 lah kita menantikan sama ada akan ada sambungan novel Sutera Bidadari selepas inii !! Sekian.. :D




syg kawan2..

lagu brothers utk korg..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..maafkan aku andai ada khilaf..aku cuma manusia biasa .. x mmpu mnghalang kekurangan dri..

kawan2 sekelas....rinduunyerr


sweet memoryy.. tapi x ckup korum.. Amirah ngn Siti Zuraidah xde plak mase ni..





Cikgu2 perempuan yg mengajar kelas kami..gojes2 belaka...


sbb ckgu Azlina xde lam gambar kat atas tuu..huhu.. ngn Cikgu Hasimah.. :D



Cikgu Rosli.Sir Azmi dan Cikgu Ibrahim..sibuk makan ckgu Rosli ngn Sir Azmi..tp Cikgu Ibrahim sempat g posing cute!!!hahahha







ni cikgu Rosli..ayahanda kami slma 2 tahun ni.. sporting abissss!!!hahaha




disebabkan susah sgt nk kumpul ramai2 bg cukup..aku edit gambar2 dorg..hahah..sorry geng..curi kat fb hgpa..huhu..aku amik gambar yg terbaikk punyaaa !!!





kenangan kat cameron highlands... sebahagian je dpt amik gambar..yg lain x jumpe...ni je yg dpt kumpul.. =.=




alahai..bila da abis skool ni sayu je rasa hati terpaksa berpisah ngn kawan2..walaupun leh jumpa kat luar..kat facebook..atau contact2 kat hp.. tapi x sama rasanya kot kalau dalam kelas sekali..macam2 karenah ada.. ada yg tegas..kaki gosip..serius..kelakar giler pon ada..tp kebanyakkannya ramai yg sporting lahh..hee..agak2..bila lagi boleh jumpa 1 kelas lengkap punya..hurmm..x sabar2 aku nk tggu reunion kita nnti.. :)

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

23 Dec 2011

comel la !!!

geram x tgk kucen ni??rasa cam nk cubit2 kan..heee

musim demam kot...

skg ni agaknya musim demam kot..habis 1 family aku demam ngn aku2 skali..lg parah ..aku hilang suara skg..ala2 ella lau nk ckp ni..hhahaah.. :P ..batuk2 x henti2..nk tdo pun susah asyik batuk2..kdg2 kul 4 pg baru lena batuk punya hal..so..td aku dah g klinik. harap2 ok la..pasni..pe2 pun korg layan la lagu ni.. B2st..on Rainy Days.. simbolik sbb aku kna hujan haritu smpai demam2 skg.. hee

u-kiss..

jatu cinta pulak aku ngn lagu ni...mendayu2..tambah2 ahli dia yg sorg tu..soohyun..kiut..hehe..apa2 pun..korg layan je la..sbb aku ni minat kpop jugak.. :)

syg u lah my bFF Artiqa Horvejkul..hihi

woww..bila aku bkk blog aku ni..terpegun jgk aku tgk..btulkah ni blog aku..hahhaha...terima kasih sgt2 le kpd bestfren aku Artiqa Horvejkul yg ubahsuai blog aku jd selawa2 bgni..aku suka sgt2 ..hehhe.. dari mgrb smpai ke mlm die tlg aku.. huhuhu.. hehe..TQSM la my fren..luv u~~

baru bukak blog balik..:D

hari ni ak dgn jayanya dpt ubah blog aku balik yg aku tinggal sebelum exm trial dlu...lama kan..sejak bulan 9.. ni pun aku main tekan2 je ngn mintak tolong besfren aku yg kiut miut tu.. zureen ngn artiqa horvejkul..heheh..lpas exm ni mmg aku nk active ngn blog aku balik..nak blajar cara buat blog... nak bg cantik2..so sorry la kalo npk biasa2 je skrg sbb aku pon masih baru.. ak wat blog ni nk isi mase lapang aku sjak2 jd penganggur terhormat ni..hehe..pe2 pun..enjoy my blog ok!!!! love u aLL !! :D

4 Aug 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN



Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.   Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?    Sabda Rasulullah saw.: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."   Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.    Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"   Saudara-saudari,   Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.    Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu
Cute Onion Club - Onion Head
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...