13 Jan 2012

Apa faedah mencarut, maki hamun di laman sosial? Pandangan Islam mengenai hukum-hukum mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Assalamualaikum wbt..

Isu kali ini yg saya rasa nak kongsikan dengan anda semua ialah mengenai hukum-hukum mencarut, mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun yang ditujukan kepada seseorang.. Selalu sahaja saya memerhatikan baik di blog2, mahupun di laman-laman sosial macam facebook, twitter, kata-kata kesat dikeluarkan oleh pengguna yang ingin melepaskan kemarahan mereka. Persoalannya, tidak malukah mereka mengeluarkan kata-kata macam tu? Apa faedah yang mereka  dapat? Bangga mengeluarkan kata-kata kesat?Bahasa itu sendiri sudah melambangkan peribadi pengguna tersebut sehingga boleh menjadi tatapan umum pengguna lain.. Apa yang dapat saya perhatikan, kehalusan berbudi bahasa terutama dlm kalangan generasi anak-anak bangsa Melayu yang sememangnya terkenal dengan budi bahasa semakin luntur di telan arus moden kini. Sedih sekali melihat begitu ramai yang tidak menjaga bahasa ketika bertutur dengan rakan-rakan masing. Bagi saya, memaki hamun , mencarut @ mengeluarkan kata-kata kesat ini tidak mendatangkan sebarang faedah kepada sesiapa pun..malah memburukkan lagi keadaan.Saya sendiri tidak begitu gemar akan mereka yang suka mencarut,memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat ini kerana bagi saya mereka tidak mempunyai adab dalam diri masing2.

Apa yang dimaksudkan dengan mencarut?

"..Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki  ataupun pengeluaran kata-kata kesat . Mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah.Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa , malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.Selain itu, perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang.Seseorang yang dianggap kurang beradab dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.. "




Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud : " sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam"- (HR Bukhari & Muslim)

Sebab itu, apabila bercakap, eloklah berhati-hati kerana" terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata  badan binasa.. "

Untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam fitnah mulut, dalam banyak keadaan, adalah baik lebih banyak mendiamkan diri.Bahkan jangan sekali-kali bersama dengan orang yang sering mengeluarkan kata-kata buruk kerana ditakuti ia akan berjangkit. Ingatan itu dinyatakan dalam firman ALLAH bermaksud " Dan kami dulu (di dunia) selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah bersama-sama orang yang mengatakannya."- (Surah Muddasir Ayat 45)

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' Ulum Al-Din menyebut :

" Antara dosa lidah ialah menyebut perkara keji (al-fuhsy),memaki (al-sab),dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan).Perkara-perkara di atas adalah tercela , dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".

Imam Ghazali seterusnya membawa kepada beberapa hadis yang melarang umat-umat Islam melakukan perkara-perkara keji itu. Antara hadis-hadis berikut yang bermaksud :
"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata keji ,kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji  dan perbuatan menyebarkan kekejian"(al-hakim dan ibnu Hibban) ; kata-kata yang lucah dan perbuatan  mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik".(al-Tirmizi)

Setelah menyebut hadis-hadis di atas , Imam Ghazali mengulas : Itulah hadis-hadis yang mencela percakapan yang keji (al-fuhsy). Adapun takrif dan hakikatnya ialah : mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang.Kebanyakkan berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin).Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji kepada perkara-perkara tersebut.

Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyebut secara bentuk kiasan dan menyatakannya dalam perkataan yang hampir sama dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya , yang mana kebanyakkannya digunakan utk memaki dan menghina.
(Rujukan ; al-Ghazali , al-Ehya , jld 3)

*Sesungguhnya tutur kata yang baik diumpamakan mutiara kata yang disukai oleh orang ramai.Kata-kata yang baik meletakkan penutur sebagai orang yang disenangi dan dicontohi kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.

Wassalam

sumber rujukan:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12580.0


12 Jan 2012

Menarik tentang kucing.. Haiwan pembersih dan mempunyai lidah paling canggih?? :D

tiba2 pulak hari ni aku nak bercakap pasal kucing.. Iya, sebagaimana yang kita maklum.. kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW.. Aku sendiri sangat sayang akan kucing.. Sebab kucing adalah haiwan yang jinak,comel,menghiburkan hati..ehee.. malah, kucing juga pandai mendengar arahan dari tuannya.. Kemanjaan yg ada pada kucing itulah membuatkan ramai yg tertawan hati utk memberi kasih sayang kpdnya..

*Kucing mengikut pandangan Islam



Nabi menekankan di dalam hadisnya bahawa kucing tidaklah najis.Malah diperbolehkan berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasullah SAW menekan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang mampu melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan otot manusia.Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi dengan berbagai benjolan kecil yang runcing,benjolan ini berbentuk benjolan yang berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.



Ketika kucing minum, tidak ada setitik air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu yang mati dan membersihakn bulu-bulu yang tersisa di badannya.Betapa canggihnya lidah kucing kan?? hee

Kajian yang dijalankan


Telah dijalankan beberapa kajian terhadap kucing mengikut usia,posisi kulit,punggung,bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor.Pada bahagian2 tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan.Di samping itu, kuman juga diltekkan pada bahagian2 tertentu.Di ambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil Kajian


Hasil yang diambil dari kulit luar,ia tidak mempunyai kuman walaupun dilakukan banyak kali.
Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif iaitu sekitar 80% sahaja (20 % mempunyai kuman), jika dlihat dari air liurnya.Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberkan kepadanya.Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidakhadiran kuman.



Selain itu, Dr. Gen Guntafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing,manusia 25% dari anjing , kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik Damaskus,Said Rafah menegaskan kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.


Jika diperhatikan., kucing tidak suka berjemur dan jarang mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah mengenainya. Inilah yang menjadi faktor kuman tidak ada pada kucing.

Hadith-hadith mengenai kucing


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”




Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalau bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak berani mengatakan kucing itu haiwan pembersih.Segala sesuatu yang ditemui oleh ilmuwan pada zaman sekarang ini telah diketahui oleh Rasulullah SAW sejak 1500 tahun yang lalu..

Wallahualam..

sumber dipetik dari:http://al-fikrah.net




9 Jan 2012

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Firman ALLAH SWT,

"Dan kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapanya.."
(al-ankabut:ayat 18)

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya.."saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Amalan apakah yg paling disukai oleh Allah SWT?" Baginda menjawab,, "Sembahyang dalam waktunya.." Kemudian beliau bertanya lagi.. "Kemudian..amalan apakah pula?" Baginda menjawab.. "Berbakti kepada kedua ibu bapa.." Beliau bertanya lagi..  "Kemudian..amalan apakah pula?" Baginda menjawab.. "Berjihad di jalan ALLAH.." Beliau berkata lagi : "Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta untuk menambah lagi,pasti Baginda SAW menambah untuk saya.." (Hadis Riwayat Bukhari)

Hukum berbakti kepada kedua ibu bapa

~Berbakti kepada kedua ibu bapa dan menghubungkan silaturahim adalah wajib.Al-Birr (berbuat kebaikan/berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga.

Sebab turun surah Al-Ankabut ayat 8:

Imam Ahmad,Muslim dan at-Tirmizi meriwayatkan ;

Ibu Sa'ad bin Abi Waqqas r.a -iaitu Hamnah binti Sufyan Bin Umayyah. Ibu beliau merupakan sepupu kepada Abu Sufyan bin Umayyah-telah bersumpah tidak akan bercakap dengan Sa'ad r.a selama-lamanya , sehingga beliau kufur dengan agamanya(agama Islam). Ibunya juga berkata kepada beliau . "Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu.Aku ini adalah ibumu.Aku menyuruhmu dengan perkara ini (keluar daripada Islam)." Lalu turunlah ayat 8 surah Al-Ankabut ( Dan kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya..)

Pelengkap ayat di atas dalam surah Al-Ankabut ialah :

..Jika mereka bersungguh-sungguh mendesak kamu mempersekutukan denganKu sesuatu yang kamu tidak mempunya pengetahuan mengenainya,maka janganlah kamu taat kepada mereka.Hanya kepada-Ku tempat kembali kesemuanya.Kemudian aku akan memberitahumu tentang segala apa yang kamu kerjakan (di dunia dahulu)... Al-Ankabut:Ayat 8.

Syarat Ketaatan

Ayat dan hadis ini berpesan tentang hak kedua ibu bapa, dan memerintahkan supaya taat kepada mereka, sekalipun mereka kafir. Tetapi jika mereka menyuruh anak mereka syirik kepada Allah Taala, sebagaimana tindakan ibu Sa'ad kepada Sa'ad ,maka wajiblah menderhaka mereka dalam hal tersebut.

Dalam ayat ini,terdapat penjelasan yang mujmal(tidak dijelaskan),lalu ia dijelaskan oleh  Hadis Nabi Muhammad SAW ini;

Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Nasaie meriwayatkan daripada Ali r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak harus taat kepada sesiapapun dalam menderhaka Allah Taala.Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melalukan perkara baik.

Imam Ahmad dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Imran dan Al-Hakam bin Umar Al-Ghifari r.anhuma . bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Tidak harus taat kepada mana-mana makhluk yang menderhakai Tuhan Maha  Mencipta"

Wassalam.

(susunan:Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri, Universiti Mohammad V,Rabal Agdal, Kingdom Of Morocco).
Sumber-Kitab Al-Muntakhab , Hadis bab Adab dalam sahih Bukhari



6 Jan 2012

Damba cinta-Mu


Tuhanku..ampunkanlah dosaku..
Tuhanku..maafkanlah kejahilan hamba-Mu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu..
Walau sedar aku milikMu.. 

Bilakah diri ini kan kembali..
kepada fitrah sebenar..
Pagi ku ingat..petang ku alpa..
Begitulah silih berganti..

Oh Tuhanku..
Kau pimpinlah diri ini..
Yang mendambakan cintamu..
Aku lemah..Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu..

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri..
Ku pernah menangis keranaMu..
Kemudian ketawa semula..

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun..
Kepada hamba2Mu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah kau padaku..

Tuhan..
Diri ini tidak layak ke SyurgaMu..
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu..

Ku takut kepadaMu..
Ku mengharap jua padaMu..
Mogaku kan selamat di dunia dan akhirat..
Seperti Rasul dan Sahabat..







5 Jan 2012

--> ISLAM KITA DI MANA? <--

"Tak elok bercakap hal dunia dalam rumah Allah. Kurang pahala nanti.."

"Tak payahlah bercakap hal agama dalam pejabat. Dalam masjid dah lah.."

-->Adakan sekadar di MASJID dan SURAU ? Islam kita di mana?

_________________________________________________________________________

"Nak solat kenalah tutup aurat. Nanti xsah.."

"Panaslah nak tutup aurat kat luar ni.Malaysia ok,so hot and spicy..!! "

-->Adakah ketika ibadah khusus sahaja? Islam kita di mana?

_________________________________________________________________________

"Nak examlah kena jaga solat,banyakkan berdoa,stop sekejap dating.."

"Alah,nak exam lambat lagi.Nanti-nantilah study,solat lambat pun xpe.."

-->Adakah ikut musim?Hamba ALLAH atau hamba exam? Islam kita di mana?

_________________________________________________________________________

"Masa akad nikah I nak pakai tudung.Lagipun akad nikah dalam masjid kan? "

"Untuk sanding, I nak pakai baju design berbelah sini sikit, sana sikit. Sekali seumur hidupkan.."

-->Adakah hanya ketika lafaz SAKINAH? Islam kita di mana?

_________________________________________________________________________

Ambil yang kita suka,guna hanya di mana kita nak?Atau mungkin Islam sekadar dalam  KAD PENGENALAN?

"Kita ibarat menganak-tirikan agama..Bukankah Allah telah mengingatkan kita dalam firmanNYA yang bermaksud : Wahai orang-orang yang BERIMAN! MASUKLAH kamu ke dalam Islam  KESELURUHAN dan JANGANLAH kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu mush yang nyata bagimu. "

(SURAH AL-BAQARAH : 208)


4 Jan 2012

INDAHNYA SIKAP RASULULLAH...


BAGINDA Rasulullah s.a.w akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya, malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk di jual.

Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah pernah menceritakan bahawa baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.

Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengan lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Khumaira?”. Khumaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya. Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.

Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”. Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”.

Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-seolah bunyi sendi Baginda Rasulullah sedang bergesel diantara satu sama lain.

Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.

Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”. Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya “kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.

Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya”.

Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.

Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.

Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri baginda menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan alasan untuk merasa lebih daripada orang lain di depan orang ramai mahupun ketika bersendirian.

Walaupun pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda tetapi Baginda masih lagi berdiri di malam-malam sepi untuk terus beribadah kepada Allah. Pernah Baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri. Fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah “Ya Rasulullah, bukankah tuan hamba telah di jamin syurga. Mengapa tuan hamba masih bersusah payah sebegini?”.

Baginda menjawab dengan tenang “Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur”.

sungguh besar pengorbanan rasulullah....ya allah...permudahkanlah kami untuk berzikir kepadamu dan kepadanya yakni rasulullah....amin..

KHASIAT SURAH AD-DHUHA~

1.Dilapangkan rezeki

*Dibaca sebanyak (40x) setiap hari sepanjang 40 hari,setiap selesai membaca doa, InsyaAllah dilapangkan rezekinya dan diberi ilmu yg bermanfaat serta dapat membuktikan hasil pekerjaannya.

2.Kembalikan barang yang hilang

*Dibaca sebanyak (7x), setiap selesai solat fardhu selama kehilangan sesuatu barang apa sahaja , boleh sampai empat,lima hari atau satu minggu , dengan izin Allah barang yang hilang dapat kembali.

3.Anak yang hilang

*Dibaca sebanyak (7x) setelah melakukan solat sunat Dhuha 6 rakaat (yang dilakukan setiap hari jumaat), dengan membaca doa di bawah ini , insyaAllah barang yang di curi atau hilang lekas kembali, jika anak hilang , lekas kembali dengan selamat.

#ALLAHUMMA YAA MUGHNIYYUYAA RODDA KULLI GHOO IBI YAA JAA MI ASY SYATTA TI YAA MAQOO LIDAL UMUURI BIYADIHI, IJMA A'A  A'LAIYYA DHOO I'HII AU AA BIQII INNAHU LAA JAA MI U'U  LAHU ILLAA ANTA.
Cute Onion Club - Onion Head
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...