13 Jan 2012

Apa faedah mencarut, maki hamun di laman sosial? Pandangan Islam mengenai hukum-hukum mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Assalamualaikum wbt..

Isu kali ini yg saya rasa nak kongsikan dengan anda semua ialah mengenai hukum-hukum mencarut, mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun yang ditujukan kepada seseorang.. Selalu sahaja saya memerhatikan baik di blog2, mahupun di laman-laman sosial macam facebook, twitter, kata-kata kesat dikeluarkan oleh pengguna yang ingin melepaskan kemarahan mereka. Persoalannya, tidak malukah mereka mengeluarkan kata-kata macam tu? Apa faedah yang mereka  dapat? Bangga mengeluarkan kata-kata kesat?Bahasa itu sendiri sudah melambangkan peribadi pengguna tersebut sehingga boleh menjadi tatapan umum pengguna lain.. Apa yang dapat saya perhatikan, kehalusan berbudi bahasa terutama dlm kalangan generasi anak-anak bangsa Melayu yang sememangnya terkenal dengan budi bahasa semakin luntur di telan arus moden kini. Sedih sekali melihat begitu ramai yang tidak menjaga bahasa ketika bertutur dengan rakan-rakan masing. Bagi saya, memaki hamun , mencarut @ mengeluarkan kata-kata kesat ini tidak mendatangkan sebarang faedah kepada sesiapa pun..malah memburukkan lagi keadaan.Saya sendiri tidak begitu gemar akan mereka yang suka mencarut,memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat ini kerana bagi saya mereka tidak mempunyai adab dalam diri masing2.

Apa yang dimaksudkan dengan mencarut?

"..Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki  ataupun pengeluaran kata-kata kesat . Mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah.Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa , malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.Selain itu, perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang.Seseorang yang dianggap kurang beradab dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.. "




Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud : " sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam"- (HR Bukhari & Muslim)

Sebab itu, apabila bercakap, eloklah berhati-hati kerana" terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata  badan binasa.. "

Untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam fitnah mulut, dalam banyak keadaan, adalah baik lebih banyak mendiamkan diri.Bahkan jangan sekali-kali bersama dengan orang yang sering mengeluarkan kata-kata buruk kerana ditakuti ia akan berjangkit. Ingatan itu dinyatakan dalam firman ALLAH bermaksud " Dan kami dulu (di dunia) selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah bersama-sama orang yang mengatakannya."- (Surah Muddasir Ayat 45)

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' Ulum Al-Din menyebut :

" Antara dosa lidah ialah menyebut perkara keji (al-fuhsy),memaki (al-sab),dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan).Perkara-perkara di atas adalah tercela , dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".

Imam Ghazali seterusnya membawa kepada beberapa hadis yang melarang umat-umat Islam melakukan perkara-perkara keji itu. Antara hadis-hadis berikut yang bermaksud :
"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata keji ,kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji  dan perbuatan menyebarkan kekejian"(al-hakim dan ibnu Hibban) ; kata-kata yang lucah dan perbuatan  mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik".(al-Tirmizi)

Setelah menyebut hadis-hadis di atas , Imam Ghazali mengulas : Itulah hadis-hadis yang mencela percakapan yang keji (al-fuhsy). Adapun takrif dan hakikatnya ialah : mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang.Kebanyakkan berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin).Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji kepada perkara-perkara tersebut.

Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyebut secara bentuk kiasan dan menyatakannya dalam perkataan yang hampir sama dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya , yang mana kebanyakkannya digunakan utk memaki dan menghina.
(Rujukan ; al-Ghazali , al-Ehya , jld 3)

*Sesungguhnya tutur kata yang baik diumpamakan mutiara kata yang disukai oleh orang ramai.Kata-kata yang baik meletakkan penutur sebagai orang yang disenangi dan dicontohi kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.

Wassalam

sumber rujukan:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12580.0


No comments:

Post a Comment

Cute Onion Club - Onion Head
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...