9 Jan 2012

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Firman ALLAH SWT,

"Dan kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapanya.."
(al-ankabut:ayat 18)

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya.."saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Amalan apakah yg paling disukai oleh Allah SWT?" Baginda menjawab,, "Sembahyang dalam waktunya.." Kemudian beliau bertanya lagi.. "Kemudian..amalan apakah pula?" Baginda menjawab.. "Berbakti kepada kedua ibu bapa.." Beliau bertanya lagi..  "Kemudian..amalan apakah pula?" Baginda menjawab.. "Berjihad di jalan ALLAH.." Beliau berkata lagi : "Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta untuk menambah lagi,pasti Baginda SAW menambah untuk saya.." (Hadis Riwayat Bukhari)

Hukum berbakti kepada kedua ibu bapa

~Berbakti kepada kedua ibu bapa dan menghubungkan silaturahim adalah wajib.Al-Birr (berbuat kebaikan/berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga.

Sebab turun surah Al-Ankabut ayat 8:

Imam Ahmad,Muslim dan at-Tirmizi meriwayatkan ;

Ibu Sa'ad bin Abi Waqqas r.a -iaitu Hamnah binti Sufyan Bin Umayyah. Ibu beliau merupakan sepupu kepada Abu Sufyan bin Umayyah-telah bersumpah tidak akan bercakap dengan Sa'ad r.a selama-lamanya , sehingga beliau kufur dengan agamanya(agama Islam). Ibunya juga berkata kepada beliau . "Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu.Aku ini adalah ibumu.Aku menyuruhmu dengan perkara ini (keluar daripada Islam)." Lalu turunlah ayat 8 surah Al-Ankabut ( Dan kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya..)

Pelengkap ayat di atas dalam surah Al-Ankabut ialah :

..Jika mereka bersungguh-sungguh mendesak kamu mempersekutukan denganKu sesuatu yang kamu tidak mempunya pengetahuan mengenainya,maka janganlah kamu taat kepada mereka.Hanya kepada-Ku tempat kembali kesemuanya.Kemudian aku akan memberitahumu tentang segala apa yang kamu kerjakan (di dunia dahulu)... Al-Ankabut:Ayat 8.

Syarat Ketaatan

Ayat dan hadis ini berpesan tentang hak kedua ibu bapa, dan memerintahkan supaya taat kepada mereka, sekalipun mereka kafir. Tetapi jika mereka menyuruh anak mereka syirik kepada Allah Taala, sebagaimana tindakan ibu Sa'ad kepada Sa'ad ,maka wajiblah menderhaka mereka dalam hal tersebut.

Dalam ayat ini,terdapat penjelasan yang mujmal(tidak dijelaskan),lalu ia dijelaskan oleh  Hadis Nabi Muhammad SAW ini;

Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Nasaie meriwayatkan daripada Ali r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak harus taat kepada sesiapapun dalam menderhaka Allah Taala.Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melalukan perkara baik.

Imam Ahmad dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Imran dan Al-Hakam bin Umar Al-Ghifari r.anhuma . bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Tidak harus taat kepada mana-mana makhluk yang menderhakai Tuhan Maha  Mencipta"

Wassalam.

(susunan:Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri, Universiti Mohammad V,Rabal Agdal, Kingdom Of Morocco).
Sumber-Kitab Al-Muntakhab , Hadis bab Adab dalam sahih Bukhari



No comments:

Post a Comment

Cute Onion Club - Onion Head
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...