24 Dec 2011

sutera bidadari..akan ada sambungannya ke lagi??

buat peminat2 karya Ramlee Awang Murshid..sudah semestinya anda semua tidak melepaskan peluang utk mendapatkan sambungan novel Cinta Sufi iaitu Sutera Bidadari.. Bertitik tolak daripada novel pertama cerita ini iaitu Bagaikan Puteri,kemudian Cinta Sang Ratu,seterusnya Hijab Sang Pencinta.. selepas itu Cinta Sufi..kali ini yg terbaru ialah Sutera Bidadari.. saya sangat menyukai cerita2 yg terdapat dalam novel ini kerana ianya lain daripada novel yang biasa.. berunsurkan epik thriller..sesuatu yg jarang diketengahkan oleh penulis2 novel tempatan..malah Ramlee Awang Murshid berjaya mengolah cerita2 tersebut dengan menjadikan watak utama iaitu Saifudin atau Laksamana Sunan nampak seperti hidup..walhal ianya hanyalah rekaan sahaja.. watak Saifudin yg digambarkan sangat tenang dalam setiap tingkah laku,sentiasa bersangka baik,dan takut akan Maha Pencipta membuatkan ramai wanita2 yg mengenalinya jatuh hati kpdnya.. iaitu watak-watak seperti Haryani,Catalina (Maryam) , Luna.. namun akhirnya cinta Saifudin diraih Ratna atau Ratu Sulaman.. namun Ratna telah meninggal dunia disebabkan bonda asuhannya iaitu Maharani tersalah bunuh menyebabkan Ratna meninggal dunia..Selepas kematian Ratna Sang Ratu.. Luna dan Catalina(Maryam) masing2 menaruh hati kpd Saifudin.. Dalam Sutera Bidadari.. saya menjangkakan ini adalah novel terakhir utk cerita2 ini akibat daripada kematian Taghut yg telah memeluk islam dgn menggunakan nama Abdullah Sadik.. namun begitu.. sangkaan saya meleset sama sekali apabila Saifudin yg dibayangi dengan Sang Dewi yg sentiasa memanggil Saifudin ke alam yg tidak berdinding telah mengalami kesusahan kerana telah menjadi batu akibat perbuatan 3 pemburu handalan membawanya melepasi prasasti batu yg dibuat oleh ayah kandungnya sendiri..Rupa-rupanya Sang Dewi ialah Ratna Sang Ratu iaitu isteri Saifudin atau Laksamana Sunan.. jadi saya menjangkakan akan ada sambungan nya lagi selepas ini dan begitu teruja utk menanti sambungannya!!

                          Perkara lain yg sangat menarik tentang novel Sutera Bidadari ialah ayat-ayat indah yang terdapat didalamnya..saya sangat tertarik ayat seperti.."Hanya nama-Mu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini..".. dan .. "Cinta dan kasih sayang adalah roh kudus yang tidak pernah terpadam dalam jiwaku.."dialog Raja Roman terhadap permaisurinya iaitu Permaisuri Sutera.. Jadi peminat2 Sutera Bidadari..sama2 lah kita menantikan sama ada akan ada sambungan novel Sutera Bidadari selepas inii !! Sekian.. :D




2 comments:

Cute Onion Club - Onion Head
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...