28 May 2012

Pengalaman kena interview ! ^__^

Buat pertama kalinya aku kena interview secara profesional kat UPSI kat depan panel penemuduga yang aku sangka semuanya bakal mengajukan soalan serius2 belaka.. mmg prepare abis aku seminggu sebelum tu.. wat research tentang isu2 semasa guru dan juga isu2 semasa yg berlaku sekarang.. x lupa jgk stdy sikit la pasal subjek yg aku kena..iaitu sejarah.. neves tu hanya dirasai sebelum masuk ke bilik temuduga..  serius aku cukup takut kalo x dpt jwb..

........bila masuk kat dalam tu.. takut jgk sbb aku lah org terakhir di temuduga.. soalan pertama, aku di suruh menceritakan pasal diri aku.keluarga dan sekolah.. gementar jgk.. tapi lama2 dpt biasakan diri.. alhamdulillah tak gagap.. cuma bila dia suruh aku speaking sal tempat paling menarik kat GErik..alamakk !!!! ape ke benda aku nak cerita ni.... hahahha...1 tempat je aku ingt.. Tasik Banding.. yang lain.. hampehh.. mmg x terlintas dah tempat lainn.. padahal bila kat dalam keta masa dah abis tu..macam2 aku ingat..huhuhu.. agak2 dlm 3 ayat je aku cakap.. last2 penemuduga tu ketawa je tgk aku ..hahha .. nasib baik di teruskan dgn soalan lain.. 

......bgku soalan paling killer ialah soalan yg dia suruh aku cerita pasal sejarah Eropah yg bagi impikasi kat diri aku.. yg terlintas dlm fikiranku masa tu hanyalah zaman Renaissance.. jenuh jgk nak memikirkan..tp aku trus jwb tak pikir pnjang.. ada jgk dia ketawa dgn jwpan aku... aduhai.. dalam hatiku pkir jgk.. mcm mana lah ni punya jwpn.. lpas ke tak aku ni..huhu.. alhamdulillah x byk jgk dia  bg soalan2 keluar dpd subjek aku..

....dan dia suruh aku cerita knpa aku  harus dia pilih utk pilih mengikuti program ijazah pddikan .. aku cuma cerita kelebihan aku.. dan soalan perangkap dia tanya kat aku.. "ORANG KATA PENJAJAH NI BUKANNYA MENJAJAH.. TAPI KITA YANG MENJEMPUT MEREKA".. terdiam jgk aku dalam 1 minit.. aku cuma ckp mengikut apa yg aku tahu dan faham.... jwb saja..huhu

.. Dan lagi..dia tnya apa hobi aku..aku cuma ckp suka membaca .. baca novel.. ditanya lagi novel apa.. aku cakap karya2 RAMLEE AWANG MURSHID.. last2 di suruh cerita plak kisah dlm novel.. hah,, apa lagi.. dengan semangatnya ku cerita sal SUTERA BIDADARi..hhahah.. Tp kataku pada penemuduga tu yg aku x baca siri terakhir lagi iaitu SUNAN MUSAFIR.. tp dia suruh aku cerita jgk kisah tu.. aku cerita apa yg aku tahu bdasarkan apa yg kwan aku cerita kat aku..haha

.... LAst sekali... yahh..mmg naluri aku sebelum interview ni dah agak aku mmg kna nyanyi.. TEPAT sekali apabila aku di suruh menyanyi !! hahaha mula2 aku kena bersyair.. tp aku pusing ayat aku cakap kalo ada teks baru leh bersyair..last2 dia kata boleh menyanyi tak ?? terus aku jwb YA !!.. hahahha.. walaupun suara tak sedap.. hentam ja.. dia xmau lagu Negaraku.. suruh nyanyi lagu terkini.. terdiam jgk aku nk nyanyi lagu apa ni..terfikir nak nyanyi lagu AIZAT..haha ...x boleh2.. feeling sangat..last2 dia kata apa2 je la .. lagu lama pun boleh.. aku cakap arr lagu JOGET PAHANG je lah..hahha.. dan aku nyanyi dalam 4 baris.. then lpas tu dia kata ok terima kasih.. blh keluar..Fuhh lega nak habaq hang..  masa nak tutup pintu terhempas pulak..adeh mintak2 x dengar..huhuhu..


.. So.. thats it.. tu saja pengalaman aku..hehehhe.. apa saja keputusan selepas ni aku terima.. kerana aku percaya setiap rezeki yg ALLAH bg kat aku..so dpt ke tak dapat ke.. redha je.. :)

kenangan di sana..hehehe ^^

abangku.. yg menemaniku di sana..hehhehe ^^



13 May 2012

mak..ibu..mama..ummi..??

hari ibu..hari ni rasanya kakak aku je yg ucap slmt hari ibu kat mak aku.. risau jgk kalo mak aku terasa sbb x ucap kat dia.. cuma bg aku..hari2 adalah hari ibu..mahupun bapa.. hehe..hari2 aku hargai mak dalam hidup aku.. hari-hari....tanpa mak dan abah..siapalah aku dan adik beradikku yg lain..sygnya dia pd kami.. mak.. walaupun adik x ucap mcm kakak ucap kat mak tadi.. tp adik ngn abg2 dan kakak2 yg lain syg mak sgt2... apa2 pun jadi kami xkan benarkan mak ngn abah disakiti sesiapa.. itu janji kami ^_^ love u mom :).. hee


Sesungguhnya tidak akan pernah daku merasa jemu memelukmu walau dirimu saban hari meningkat usia, rambutmu memutih, tubuhmu tidak lagi sekuat dulu..Sungguh, daku tidak jemu-jemu mengasihimu ibuku..sekali-kali tak akan aku benarkan sesiapa pun menyakiti hatimu..

19 Mar 2012

teman-teman yang diingati :)







malu-malu nk tunjuk muka.. :p

ayu & ayu.. hehe

fidah, pina , tikah



girls generation kot :D


posing xleh blah- niza, artiqa,zureen,dibah & atika





miss this timee :)-sabrina,me,pina,artiqa n etan-niza
dibah & atika


sedap ayam bbQ ni..haha
jaga-2 di tarik periuk kera

kontrol hensem

abang-2 pengawas



mukhri & erwan


ex classmate 5 st 1.. sygnya fom6 x skali..huhu
fatihah& intan


nabila & azureen..kat blakang tan*** .. haha :p

azi, ecah. masturina. n cik la :D
geng rumah sewa 

yg lain smua kuning..aku ?? huhu

tiba2 nazrie sama tinggi ngn farid..haha








muka x puas hati @ heppy ??




hee
mukhri n zureenn :D

nak tolong tok bomoh ni

perut kenyang hati senang

with mr azmi yahya n puan noraini ishak

13 Feb 2012

Hari Valentine tu Kan Haram di sambut umat Islam.




14 February sangat sinonim dengan pasangan kekasih yang dikatakan sebagai hari berkasih sayang antara pasangan bercinta. Paling sedih sekali, ia turut di sambut oleh umat Islam . Tahukah anda bahawa hari Valentine  itu haram disambut oleh umat Islam ?Maka pada masa hari Valentine ini pasangan masing-masing akan bertukar-tukar hadiah seperti bunga ros berwarna merah.. Seterusnya.. akn terjadilah perbuatan-perbuatan antara kekasih yang boleh menyumbang kepada berlakunya maksiat...

Sejarah Hari Valentine

Terdapat beberapa pendapat yang dikaitkan dengan hari Valentine

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut un
tuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


Pendapat kedua mengaitkan dengan kematian Paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom  yang bernama Claudius II.. TErdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St Valentine ini.


Versi Pertama


Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.


Versi kedua


Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa hari Valentine tidak ada kaitannya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


Hukum Menyambut Hari Valentine



Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.









Cute Onion Club - Onion Head
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...