13 Feb 2012

Hari Valentine tu Kan Haram di sambut umat Islam.




14 February sangat sinonim dengan pasangan kekasih yang dikatakan sebagai hari berkasih sayang antara pasangan bercinta. Paling sedih sekali, ia turut di sambut oleh umat Islam . Tahukah anda bahawa hari Valentine  itu haram disambut oleh umat Islam ?Maka pada masa hari Valentine ini pasangan masing-masing akan bertukar-tukar hadiah seperti bunga ros berwarna merah.. Seterusnya.. akn terjadilah perbuatan-perbuatan antara kekasih yang boleh menyumbang kepada berlakunya maksiat...

Sejarah Hari Valentine

Terdapat beberapa pendapat yang dikaitkan dengan hari Valentine

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut un
tuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


Pendapat kedua mengaitkan dengan kematian Paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom  yang bernama Claudius II.. TErdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St Valentine ini.


Versi Pertama


Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.


Versi kedua


Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa hari Valentine tidak ada kaitannya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


Hukum Menyambut Hari Valentine



Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.









13 Jan 2012

Apa faedah mencarut, maki hamun di laman sosial? Pandangan Islam mengenai hukum-hukum mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Assalamualaikum wbt..

Isu kali ini yg saya rasa nak kongsikan dengan anda semua ialah mengenai hukum-hukum mencarut, mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun yang ditujukan kepada seseorang.. Selalu sahaja saya memerhatikan baik di blog2, mahupun di laman-laman sosial macam facebook, twitter, kata-kata kesat dikeluarkan oleh pengguna yang ingin melepaskan kemarahan mereka. Persoalannya, tidak malukah mereka mengeluarkan kata-kata macam tu? Apa faedah yang mereka  dapat? Bangga mengeluarkan kata-kata kesat?Bahasa itu sendiri sudah melambangkan peribadi pengguna tersebut sehingga boleh menjadi tatapan umum pengguna lain.. Apa yang dapat saya perhatikan, kehalusan berbudi bahasa terutama dlm kalangan generasi anak-anak bangsa Melayu yang sememangnya terkenal dengan budi bahasa semakin luntur di telan arus moden kini. Sedih sekali melihat begitu ramai yang tidak menjaga bahasa ketika bertutur dengan rakan-rakan masing. Bagi saya, memaki hamun , mencarut @ mengeluarkan kata-kata kesat ini tidak mendatangkan sebarang faedah kepada sesiapa pun..malah memburukkan lagi keadaan.Saya sendiri tidak begitu gemar akan mereka yang suka mencarut,memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat ini kerana bagi saya mereka tidak mempunyai adab dalam diri masing2.

Apa yang dimaksudkan dengan mencarut?

"..Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki  ataupun pengeluaran kata-kata kesat . Mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah.Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa , malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.Selain itu, perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang.Seseorang yang dianggap kurang beradab dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.. "




Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud : " sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam"- (HR Bukhari & Muslim)

Sebab itu, apabila bercakap, eloklah berhati-hati kerana" terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata  badan binasa.. "

Untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam fitnah mulut, dalam banyak keadaan, adalah baik lebih banyak mendiamkan diri.Bahkan jangan sekali-kali bersama dengan orang yang sering mengeluarkan kata-kata buruk kerana ditakuti ia akan berjangkit. Ingatan itu dinyatakan dalam firman ALLAH bermaksud " Dan kami dulu (di dunia) selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah bersama-sama orang yang mengatakannya."- (Surah Muddasir Ayat 45)

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' Ulum Al-Din menyebut :

" Antara dosa lidah ialah menyebut perkara keji (al-fuhsy),memaki (al-sab),dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan).Perkara-perkara di atas adalah tercela , dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".

Imam Ghazali seterusnya membawa kepada beberapa hadis yang melarang umat-umat Islam melakukan perkara-perkara keji itu. Antara hadis-hadis berikut yang bermaksud :
"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata keji ,kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji  dan perbuatan menyebarkan kekejian"(al-hakim dan ibnu Hibban) ; kata-kata yang lucah dan perbuatan  mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik".(al-Tirmizi)

Setelah menyebut hadis-hadis di atas , Imam Ghazali mengulas : Itulah hadis-hadis yang mencela percakapan yang keji (al-fuhsy). Adapun takrif dan hakikatnya ialah : mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang.Kebanyakkan berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin).Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji kepada perkara-perkara tersebut.

Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyebut secara bentuk kiasan dan menyatakannya dalam perkataan yang hampir sama dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya , yang mana kebanyakkannya digunakan utk memaki dan menghina.
(Rujukan ; al-Ghazali , al-Ehya , jld 3)

*Sesungguhnya tutur kata yang baik diumpamakan mutiara kata yang disukai oleh orang ramai.Kata-kata yang baik meletakkan penutur sebagai orang yang disenangi dan dicontohi kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.

Wassalam

sumber rujukan:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12580.0


12 Jan 2012

Menarik tentang kucing.. Haiwan pembersih dan mempunyai lidah paling canggih?? :D

tiba2 pulak hari ni aku nak bercakap pasal kucing.. Iya, sebagaimana yang kita maklum.. kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW.. Aku sendiri sangat sayang akan kucing.. Sebab kucing adalah haiwan yang jinak,comel,menghiburkan hati..ehee.. malah, kucing juga pandai mendengar arahan dari tuannya.. Kemanjaan yg ada pada kucing itulah membuatkan ramai yg tertawan hati utk memberi kasih sayang kpdnya..

*Kucing mengikut pandangan Islam



Nabi menekankan di dalam hadisnya bahawa kucing tidaklah najis.Malah diperbolehkan berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasullah SAW menekan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang mampu melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan otot manusia.Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi dengan berbagai benjolan kecil yang runcing,benjolan ini berbentuk benjolan yang berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.



Ketika kucing minum, tidak ada setitik air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu yang mati dan membersihakn bulu-bulu yang tersisa di badannya.Betapa canggihnya lidah kucing kan?? hee

Kajian yang dijalankan


Telah dijalankan beberapa kajian terhadap kucing mengikut usia,posisi kulit,punggung,bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor.Pada bahagian2 tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan.Di samping itu, kuman juga diltekkan pada bahagian2 tertentu.Di ambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil Kajian


Hasil yang diambil dari kulit luar,ia tidak mempunyai kuman walaupun dilakukan banyak kali.
Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif iaitu sekitar 80% sahaja (20 % mempunyai kuman), jika dlihat dari air liurnya.Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberkan kepadanya.Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidakhadiran kuman.



Selain itu, Dr. Gen Guntafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing,manusia 25% dari anjing , kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik Damaskus,Said Rafah menegaskan kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.


Jika diperhatikan., kucing tidak suka berjemur dan jarang mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah mengenainya. Inilah yang menjadi faktor kuman tidak ada pada kucing.

Hadith-hadith mengenai kucing


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”




Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalau bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak berani mengatakan kucing itu haiwan pembersih.Segala sesuatu yang ditemui oleh ilmuwan pada zaman sekarang ini telah diketahui oleh Rasulullah SAW sejak 1500 tahun yang lalu..

Wallahualam..

sumber dipetik dari:http://al-fikrah.net




9 Jan 2012

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Firman ALLAH SWT,

"Dan kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapanya.."
(al-ankabut:ayat 18)

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a, katanya.."saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Amalan apakah yg paling disukai oleh Allah SWT?" Baginda menjawab,, "Sembahyang dalam waktunya.." Kemudian beliau bertanya lagi.. "Kemudian..amalan apakah pula?" Baginda menjawab.. "Berbakti kepada kedua ibu bapa.." Beliau bertanya lagi..  "Kemudian..amalan apakah pula?" Baginda menjawab.. "Berjihad di jalan ALLAH.." Beliau berkata lagi : "Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta untuk menambah lagi,pasti Baginda SAW menambah untuk saya.." (Hadis Riwayat Bukhari)

Hukum berbakti kepada kedua ibu bapa

~Berbakti kepada kedua ibu bapa dan menghubungkan silaturahim adalah wajib.Al-Birr (berbuat kebaikan/berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga.

Sebab turun surah Al-Ankabut ayat 8:

Imam Ahmad,Muslim dan at-Tirmizi meriwayatkan ;

Ibu Sa'ad bin Abi Waqqas r.a -iaitu Hamnah binti Sufyan Bin Umayyah. Ibu beliau merupakan sepupu kepada Abu Sufyan bin Umayyah-telah bersumpah tidak akan bercakap dengan Sa'ad r.a selama-lamanya , sehingga beliau kufur dengan agamanya(agama Islam). Ibunya juga berkata kepada beliau . "Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu.Aku ini adalah ibumu.Aku menyuruhmu dengan perkara ini (keluar daripada Islam)." Lalu turunlah ayat 8 surah Al-Ankabut ( Dan kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya..)

Pelengkap ayat di atas dalam surah Al-Ankabut ialah :

..Jika mereka bersungguh-sungguh mendesak kamu mempersekutukan denganKu sesuatu yang kamu tidak mempunya pengetahuan mengenainya,maka janganlah kamu taat kepada mereka.Hanya kepada-Ku tempat kembali kesemuanya.Kemudian aku akan memberitahumu tentang segala apa yang kamu kerjakan (di dunia dahulu)... Al-Ankabut:Ayat 8.

Syarat Ketaatan

Ayat dan hadis ini berpesan tentang hak kedua ibu bapa, dan memerintahkan supaya taat kepada mereka, sekalipun mereka kafir. Tetapi jika mereka menyuruh anak mereka syirik kepada Allah Taala, sebagaimana tindakan ibu Sa'ad kepada Sa'ad ,maka wajiblah menderhaka mereka dalam hal tersebut.

Dalam ayat ini,terdapat penjelasan yang mujmal(tidak dijelaskan),lalu ia dijelaskan oleh  Hadis Nabi Muhammad SAW ini;

Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Nasaie meriwayatkan daripada Ali r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak harus taat kepada sesiapapun dalam menderhaka Allah Taala.Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melalukan perkara baik.

Imam Ahmad dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Imran dan Al-Hakam bin Umar Al-Ghifari r.anhuma . bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Tidak harus taat kepada mana-mana makhluk yang menderhakai Tuhan Maha  Mencipta"

Wassalam.

(susunan:Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri, Universiti Mohammad V,Rabal Agdal, Kingdom Of Morocco).
Sumber-Kitab Al-Muntakhab , Hadis bab Adab dalam sahih Bukhari



Cute Onion Club - Onion Head
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...